Pengaruh Inggeris di negeri ini bermula pada tahun 1844, tetapi pada peringkat ini pengaruh mereka hanya terbatas kepada beberapa luak yang tertentu sahaja. Campurtangan Inggeris secara aktif ke atas Negeri Sembilan bermula ketika meluasnya keperluan bijih timah dalam perkembangan ekonomi dunia pada pertengahan abad ke 19, dan Negeri Sembilan merupakan antara tempat-tempat yang menyediakan bahan mentah ini. Dalam hal ini, Inggeris telah mengambil kesempatan dari pertentangan yang berlaku antara Datuk Klana dan Datuk Bandar di Sungai Ujong mengenai hak dan kuasa ke atas perusahaan bijih timah yang menggunakan Sungai Linggi. Walaupun campurtangan Inggeris ini mendapat pertentangan yang hebat, tetapi kekuatan yang ada di Negeri Sembilan tidak dapat menahan kemaraan kekuasaan Inggeris itu. Pada tahun-tahun berikutnya campurtangan Inggeris semakin meluas hingga ke seluruh Negeri Sembilan.
Dato' Siamang Gagap atau nama sebenarnya Kahar adalah tokoh penting dalam perlantikan Tunku Puan Intan balu Yamtuan Radin (1824-1861) menjadi pemangku raja yang memerintah Negeri Sembilan semenjak Raja Melewar. Raja Radin adalah pemerintah keempat Negeri Sembilan.
Berlaku pergaduhan dan perebutan kuasa antara 1869-1872 (tempoh di mana Negeri Sembilan tidak mempunyai raja). Seorang anak Yamtuan Imam yang mangkat bernama Tunku Ahmad Tunggal berkeras menuntut supaya dia diangkat sebagai raja. Tapi orang-orang besar dan penghulu-penghulu luak tidak bersetuju mengangkat Tunku Ahmad Tunggal menjadi raja kerana kelakuannya yang tidak elok.
Pada masa itulah Dato'-Dato' Undang Luak Sungai Ujong, Jelebu dan Rembau berselisih faham dengan Yamtuan di Seri Menanti dalam beberapa perkara dan menjadi salah satu sebab bagaimana Inggeris mula campur tangan dalam pemerintahan tiga luak itu. Jarum Inggeris mengakibatkan Perang Naning dan Perang Bukit Putus.
Masa tu ler Dato' Siamang Gagap yang cukup berpengaruh memainkan peranannya sehingga Negeri Sembilan mempunyai satu-satunya raja perempuan (walaupun hanya pemangku) yang memerintah selama 3 tahun (1869-1872) sehinggalah Yamtuan Antah iaitu anak saudara kepada Yamtuan Imam diangkat menjadi raja.
Upacara pemilihan Yamtuan oleh Undang Luak Berempat hanya berlaku Negeri Sembilan 'merdeka' sepenuhnya daripada Johor. Sebelum itu, pemerintahan berjalan di bawah tadbir seorang ketua yang dipanggil Penghulu Luak yang kemuidannya dipanggil Undang. Setiap Luak ini mempunyai kuasa sendiri memerintah luaknya yang dibantu oleh Dato'-Dato' Lembaga, Buapak dan besar waris menurut sistem Adat Perpatih.
Dato' Siamang Gagap hanya mempengaruhi agar Tunku Puan Intan balu Yamtuan Radin dinaikkan sebagai pemangku raja sementara Dato'-Dato' Undang Luak Empat mencari jalan penyelesaian untuk mencari ganti raja. Sebab itulah antara tahun 1869 sampai 1872, Negeri Sembilan takder raja. Yang ada cumalah pemangku raja. Dengan kata lain, perlantikan Yamtuan Antah tetap tertakluk di bawah kuasa keempat-empat Dato' Undang Luak Empat itu.
Dato'-Dato' Undang Luak Yang Empat asalnya daripada proses bersemenda menyemenda (nikah kahwin) antara orang-orang Minangkabau yang baru datang ke Negeri Sembilan dengan kaum Semang dan Jakun yang melahirkan keturunan suku Biduanda. Sebab itulah pesaka Undang tidak boleh disandang oleh orang dari suku lain selain suku Biduanda kerana orang yang dari suku lain itu adalah orang yang baru mendatang, bukannya penduduk asli.
Hak sebagai Yamtuan (belum lagi Yang Dipertuan Besar) selepas Yamtuan Imam (1861-1869) direbut oleh Tunku Ahmat Tunggal, salah seorang anak Yamtuan Imam. Tapi dia tak dilantik sebagai perangainya yang kejam dan gila kuasa.
Hasil mesyuarat keempat-empat Dato' Undang Luak itu, Tunku Besar Lintau, anak saudara Yamtuan Imam ditawarkan untuk menjadi raja tapi dia menolak sebab dia tidak suka campur dalam hal ehwal negeri dan memikul tanggungjawa itu. Dikatakan Tunku Besar LIntau seorang yang alim lagi warak dan lebih suka beramal ibadat. Jadi, selepas Tunku Besar Lintau menolak, adiknya iaitu Yamtuan Antah pula dilantik.
Undang Luak Ulu Muar Datuk Zainal Abidin, atau Datuk Muar Sidin, dilantik menjadi Undang pada tahun 1839, bagi menggantikan Datuk Muar Bongkok. Datuk Muar Sidin menyokong Raja Antah, anakanda Almarhum Yang Dipertuan Besar Raja Radin, dan pencalonan nya menjadi Yang DiPertuan Besar. Datuk Kawal, Undang Luak Sungai Ujong, tidak setuju pencalonan itu. Pertikaian ini menyebabkan perkara pemilihan dan perlantikkan Yang DiPertuan Besar menjadi tergantung. Apabila Datuk Kawal wafat, Datuk Syed Abdul Rahman yang menggantikan nya, juga tidak menerima Raja Antah. Datuk Syed mahu Raja Ahmad Tunggal, anakanda Almarhum Yang DiPertuan Besar Raja Imam, menjadi Yang DiPertuan, dan seterusnya Raja Ahmad Tunggal akan melantik anak Datuk Syed Abdul Rahman, Syed Sulong, menjadi Yang DiPertuan Muda Rembau, jawatan yang kosong sejak tahun 1833.
Pada 21041874, tindakan pertama Datuk Syed Abdul Rahman sebagai Undang Sungai Ujong ialah, dengan bersendirian, telah meletakkan Luak nya di bawah naungan British. British pula terus membawa askar askar nya ke Sungai Ujong, dan melantik Commander P Murray RNR sebagai Residen British pertama di Sungai Ujong. Datuk Syed tidak sehaluan dengan Shah bandar nya, Datuk Tunggal, mengenai pungutan cukai bijih. Tindakan kedua nya, dengan pertolongan British, Datuk Syed telah menggulingkan Datuk Tunggal. Yang DiPertuan Besar Raja Antah dan Penghulu Penghulu Undang Ulu Muar, Jempol, Terachi dan Gunung Pasir, memandang sepi dan mencemburui dua tindakkan Datuk Syed ini. Sayang nya, Perlembagaan Adat yang tersirat tak mengizinkan seorang Penghulu Undang mencampuri hal pentadbiran dalam Luak lain. Tindakan ketiga Datuk Syed ialah mencabar kedudukan dan kekuatan Yang DiPertuan Besar Raja Antah, dengan mengisytiharkan Luak Terachi hak milik nya, dan melantik Penghulu Undang yang baru di situ. Ini adalah penderhakaan terhadap Raja. Raja Antah mengisytiharkan perlantikan Penghulu Undang Terachi yang baru itu tidak sah, dan tidak mengakui lagi Penghulu Undang Luak Sungai Ujong itu. Pada 27111875, Residen British Murray dengan 50 tentera bersenjata pergi memeriksa dan mengintip perkembangan di Terachi. Tiada pertempuran berlaku.
Lepas tu, panjanglah kisahnya termasuklah Tunku Ahmad Tunggal yang gagal menjadi raja, lari menemui Dato' Kelana Syed Abdul Rahman di Sungai Ujong dan meminta bantuan Dato' Kelana untuk memerangi Yamtuan Antah. Macam mana pun Luak Sungai Ujong (Dato' Kelana), Undang Luak Jelebu dan Undang Luak Rembau mengisytiharkan diri keluar dari persatuan Negeri Sembilan dan tidak mengakui Yamtuan Antah sebagai raja. Inggeris telah membantu Dato' Kelana menyerang Seri Menanti pada 1874 yang menyaksikan kekalahan Yamtuan Antah.
Bermula dari situlah meleret-leret sampailah campurtangan Inggeris di Negeri Sembilan pada 23 November 1876 menerusi perjanjian antara Yamtuan Antah dengan Dato'-Dato' Penghulu Luak.
Negeri Sembilan telah menjadi sebuah negeri yang dijajah sejak Yamtuan (Yang Dipertuan) Antah, dikalahkan dalam perang Bukit Putus pada tahun 1874. Resminya Negeri Sembilan bernaung di kekuasaan Kerajaan Inggris (protektorat), dan diperintah oleh Pesuruhjaya Tinggi British (British High Commissioner).
PERANG BUKIT PUTUS
Suasana pergolakkan siasah menjadi lebih hebat apabila Sungai Ujong melanggar keut
uhan dan keluhuran adat seperti yang tersimpul dalam gurindam seruan semangat adat ini:
"Kok pergi anak merantau,
Mandilah dibawah bawah,
Menyauk di hilir hilir,
Tapi kok dipauk orang bendar sawah,
Dialihnya lantak sempadan,
Dogakkan dada berjuang,
Perlihatkan tanda anak lelaki,
Jangan takut tanah jadi merah,
Esa hilang, kedua terbilang,
Sebelum ajal berpantang mati,
Bila didalam kebenaran,
Biar dipancung leher putus,
Setapak nan jangan namanya surut."
Orang orang Melayu dari empat Luak iaitu Ulu Muar, Terachi, Jempul dan Gunung Pasir, yang menjadi penyokong kuat kepada pendirian Yang DiPertuan Besar Raja Antah pun bangun bersatu untuk mendirikan satu angkatan perang yang dipimpin oleh Penghulu Penghulu Undang nya masing masing. Yang DiPertuan Besar Raja Antah sendiri menjadi Ketua Agung nya.
Setelah semuanya siap sedia termasuk pembinaan kubu kubu pertahanan di Bukit Putus iaitu tempat yang merupakan pintu masuk ke Luak Sungai Ujong, maka angkatan Melayu itu pun mula bergerak. Pada 02121875 serangan mula dilancarkan secara mengejut ke Luak Sungai Ujong. Pada tengah malam itu juga angkatan Melayu telah berjaya menawan Pos Polis di Paroi, yang letaknya lebih kurang 7 batu dari Seremban, dan terus bergerak menghala ke Ampangan dimana Datuk Kelana Syed Abdul Rahman dan Residen British Murray membuat kediaman.
Kejayaan yang dicapai oleh angkatan Yang DiPertuan Besar Raja Antah itu amat memeranjatkan, dan menakutkan British dan Datuk Syed Abdul Rahman. Pihak British menjadi kelam kabut dan terpaksa membawa bantuan dari Melaka untuk menahan serangan Melayu. Keadaan yang berlaku di Sungai Ujong pun dilaporkan kepada Gabenor Sir William Jervais yang berada di Perak kerana pemberontakkan di Perak itu juga menjadi semakin sengit. Setelah berunding dengan Major General Colberne, Ketua Tentera Britsh yang juga berada di Perak untuk mengelolakan peperangan di sana, maka satu pasukan tentera seramai 350 orang Gurkha yang sedang belayar dari India kerana hendak pergi ke Taiping, pun diperintahkan ke Sungai Ujong. Archibald Anson, Lt Gabenor Pulau Pinang, yang juga terlibat dalam peperangan di Perak itu, juga diperintahkan pergi ke Sungai Ujong untuk mengetuai angkatan British ke Sungai Ujong.
Keadaan di Sungai Ujong amat mencemaskan British dan bertalu talulah bantuan tentera datang membantu Residen British Murray Pada 17121875 itu, angkatan British ada mengandungi lebih dari 500 orang askar terdiri dari Gurkha, Arab dan lain lain nya. Pertarungan sungguh hebat, dan angkatan Melayu cuba menawan Ampangan sedaya upayanya, tetapi bedilan bedilan meriam British amat kuat. Adalah dilapurkan kemudian bahawa pihak British menerima 37 kemalangan iaitu mati dan cedera, dan pihak Melayu pula menerima 35 kemalangan mati.
Pada 17121875, British dapat menawan balik Pos Polis Paroi dan angkatan Melayu terpaksa berundur ke Bukit Putus kerana disitu banyak kubu kubu dibina. British merancangkan Bukit Putus itu diserang dari dua hala, iaitu dari hadapan dan dari belakang untuk mengepung angkatan Melayu. Yang demikian Murray sendiri mengetuai barisan seramai 160 orang menyerang dari belakang, iaitu pasukan ini terpaksa sampai ketempat itu melalui hutan Jelebu. Sementara Lt Kornel Clay mengetuai barisan seramai 280 orang menyerang dari hadapan.
Pada 22121875, kedua dua barisan British itu pun membuat serangan serentak ke pertahanan Melayu di Bukit Putus. Angkatan British yang cukup lengkap dengan meriam meriam besar dan roket roket itu telah dapat mengepung kubu kubu itu, dan terbitlah suatu pertempuran yang sangat dahsyat disitu.
Melayu banyak menitiskan darah dan mengurbankan nyawanya di Bukit Putus demi mempertahankan kedaulatan negerinya supaya jangan di jajah. Kekuatan British dapat menembusi pertahanan Melayu sungguhpun telah ditentang dengan hebat nya. Pemimpin pemimpin angkatan Melayu pun berfikir adakah wajar berperang habis habisan. Maka timbullah pantun bersejarah seperti:
"Langit berkelikir,
Bumi bertemberang,
Hendaklah berfikir,
Negeri dah di kelilingi orang."
Oleh kerana khuatir pada padahnya seperti kata perumpamaan, kalah jadi abu
menang jadi arang, maka angkatan Melayu pun berpecah, dan pihak British terus bergerak menguasai Luak Luak yang menentang mereka itu.
Yang menjadi aneh sekali dalam kejadian perang ini ialah angkatan Melayu yang berketuakan Yang DiPertuan Besar Raja Antah telah dikalahkan oleh angkatan luar, dan bukan angkatan dari anak anak buah Datuk Syed Abdul Rahman sendiri sungguhpun pokok pertikaian atau pergolakkan siasah itu berasal dari penentuan kuasa adat lembaga. Kalaulah tidak dengan sumbangan tenaga British sudah tentu kedudukan Luak Sungai Ujong dan Undangnya tidak semacam sekarang ini kerana nyaris nyaris lagi dia dikalahkan.
Namun begitu British setelah berkuasa tetap bertindak membalas dendamnya terhadap pihak pihak yang menentangnya dalam peperangan tahun 1875 itu, terutamanya terhadap Yang DiPertuan Besar Raja Antah dan Penghulu Penghulu Undang Ulu Muar (Datuk Muar Zainal Abidin), Jempol (Datuk Johan), Gunung Pasir (Datuk Lahu), dan Terachi (Datuk Jaal). British amat mencemburui Penghulu Undang Luak Ulu Muar yang menjadi musuh ketatnya kerana dialah seorang Penghulu Pelantik dan penyokong Raja Antah yang kuat sekali. Sementalah peranan Undang tersebut sebagai Penjaga Keselamatan Kerabat DiRaja secara langsung dalam perlembagaan adat di Tanah Mengandung.
Pada 23111876, suatu perjanjian perdamaian dimeterikan antara Kerajaan British dengan Yang DiPertuan Besar Raja Antah yang menyerah diri kepada Gabenor baru British, Sir Fredrick A. Weld, di Singapura itu. Yang terlibat dalam menandatangani perjanjian ini ialah selain daripada Baginda, Penghulu Penghulu Undang dari Johol, Ulu Muar, Jempol, Inas, Terachi, Gunung Pasir. Menurut peraturan ini Luak Gemencih dicantumkan kedalam Luak Johol. Perjanjian tersebut tidak mengiktirafkan Raja Antah sebagai Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, bahkan Yang DiPertuan bagi wilayah Luak Luak yang terlibat dalam perjanjian itu sahaja. Luak Rembau yang telah lama bersahabat dengan British itu dan Luak Sungai Ujong adalah diakui dan disahkan oleh British satu satunya sebagai wilayah pentadbiran yang berasingan. Luak Jelebu yang tidak terlibat dalam pertikaian siasah kuasa adat itu dengan bersendirian nya meletakkan dirinya dibawah naungan British pada 26041877. Jelebu juga diakui British sebagai wilayah pentadbiran yang berasingan.
Tapi akhirnya campurtangan dan tipu helah British menaikkan semula Yamtuan Antah walaupun sepatutnya Dato' Kelana yang menang perang pada 1874 sepatutnya jadi raja berdasarkan prinsip, yang kalah hilang negeri, yang menang menguasai dialah yang memerintah. Nasihat daripada British menerusi gabenornya, Sir Frederick Aloysius Weld, menyebabkan Yamtuan Antah balik ke Seri Menanti dan menjadi raja di Seri Menanti yang terlengkong Luak-Luak Johol, Inas, Ulu Muar, Jempul, Terachi dan Gunong Pasir... (Negeri Sembilan yang tidak lengkap)
Setelah penjajah Inggris mencampuri pemerintahan, maka berlakulah berbagai-bagai perkara yang tidak diingini "pecah-pecah dan perintah" yang menjadi permainan penjajah itu telah digunakan dengan bijaksana oleh penjajah Inggeris. Akhirnya Sungai Ujung dan Jelebu terpaksa menerima seorang Residen British, kemudian diikuti oleh Rembau manakala Seri Menanti telah kalah berperang dengan Inggeris yang dibantu oleh Penghulu Syed A.Rahman Sungai Ujung pada tahun 1874M.
Negeri ini memiliki bendera sendiri, lagu kebangsaan sendiri seolah-olah menggambarkan sebagai sebuah negeri yang berdaulat. Baik Pesuruhjaya Tinggi Inggeris yang berkantor pusat di Singapura itu, Residen British atau pegawai-pegawai daerah yang semuanya Inggeris dalam surat menyurat dengan DYMM, Datuk-datuk Undang, Penghulu malah dengan Datuk-datuk Lembaga pun mereka membahasakan dirinya dengan perkataan 'beta' dan 'sahabat beta', artinya mempunyai taraf yang sama.
Tetapi kalau kita meneliti perjanjian yang dikatakan persahabatan di antara British di satu pihak dengan Raja dan Undang di pihak lain ada disebutkan disitu, bahwa kerajaan British berhak meletakkan seorang Pegawai British, yang dipanggil 'British Resident' untuk memberikan nasihat dalam bidang pemerintahan yang mesti dipatuhi kecuali yang mengenai agama dan adat istiadat.
Untuk menjalankan pemerintahan dalam negeri, yang dikatakan bersahabat itu, kerajaan British telah membentuk sebuah majlis pentadbiran yang disebut 'Dewan Keadilan dan Undang. Anggotanya terdiri dari DYMM Yang DiPertuan Besar sebagai Pengerusi, Resident British, Datuk-datuk Undang yang Ampat, Tunku Besar Tampin, Tunku Besar Seri Menanti, Datuk Shahbandar dan seorang ketua kaum Tionghoa, sementara seorang pegawai Inggeris menjadi setiausahanya (sekretaris).
Dewan ini memiliki kekuasaan membuat undang-undang dan peraturan. Ia dapat diandaikan seperti Exco sekarang, yang berbeda Exco tidak memiliki kekuasaan membuat undang-undang. Meskipun dikatakan 'Dewan Keadilan' yang dipengerusikan oleh DYMM itu berkuasa membuat undang-undang dan menjadi pusat cucuran tadbir pemerintahan negeri tetapi nasihat Residen British hendaklah diterima dan dipatuhi. Kebijaksanaan diplomasi Inggeris yang lunak di sebalik menggunakan perkataan 'nasihat' tidak 'perintah' itu menjadikan orang-orang Melayu termasuk orang-orang besar kita khayal dibuai dalam mimpi-mimpi indah yang tidak ramai di antara kita yang menyadari 'mulut disuap pisang, buntut dicangkuk duri'.
Pembentukan Negeri Sembilan seperti yang ada sekarang adalah berasal dari satu perjanjian yang telah ditandatangani pada tahun 1885 diantara Gobernor Negeri-Negeri Selat bagi pihak Kerajaan Inggeris dengan Yamtuan Seri Menanti dan penghulu-penghulu luak kawasan ini, membentuk sebuah persekutuan yang dikenali sebagai Negeri Sembilan.
Pada 04061887 dan 13071889, dua treaty dimeterai antara Kerajaan British dengan sebilangan Pemerintah Luak. 4 Penghulu Undang yang menentang dalam perang Bukit Putus tidak bersama menandatangani treaty treaty ini sungguhpun luak luak mereka sendiri terlibat dalam gerakan penyusunan semula pentadbiran Negeri Sembilan itu
Pada treaty bertarikh 08081895, semua Luak termasuk Luak Jelebu digabungkan semula dengan memakai nama asal iaitu Negeri Sembilan. (Luak Jelebu telah menghapuskan jawatan Yang DiPertuan Jelebu pada kemangkatan Yang DiPertuan Tunku Abdullah pada 13121884). Sekali lagi 4 Penghulu Undang yang menentang dalam perang Bukit Putus dahulu ditinggalkan dari menandatangani treaty ini, walaupun Luak Luak mereka terlibat secara langsung. Mereka telah kehilangan taraf dan kuasa asasinya dalam pemilihan dan perlantikan hak Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan. Keciciran hak asasi ini masih berlanjutan hingga sekarang.
Permeterian suatu Persetiaan baru pada 29041898 adalah yang paling menyedihkan dalam sejarah adat lembaga Negeri Sembilan. Ini dibuat atas nasihat dan rancangan British dibawah pimpinan Martin Lister, Resident British pertama bagi Negeri Sembilan. Persetiaan ini dibuat antara Yamtuan Seri Menanti, Tuanku Muhammad dengan Datuk-Datuk Undang Yang Empat kerana melantik baginda sebagai pemerintah bagi seluruh Negeri Sembilan dengan gelaran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. 4 Pemerintah Luak ini ialah Datuk Makmur Luak Sungai Ujong, Datuk Siron Luak Rembau, Datuk Kamat Luak Johol dan Datuk Abdullah Luak Jelebu. Konon nya persetiaan ini hendak mengekalkan adat lembaga dahulu kala. 4 Penghulu Undang ini mengisytiharkan merekalah Undang Yang Empat baru yang berkuasa penuh dalam pemilihan dan perlantikan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.
Penciptaan adat lembaga yang bercanggah dengan kebenaran ini menjejaskan hak asasi pihak pihak yang tertentu. Penghulu Undang Luak Ulu Muar, seorang daripada Undang Yang Empat yang asal tulin, dan berdiri sebagai salah seorang Penghulu Pelantik bagi Yang DiPertuan Besar, sudah hilang hak asasinya, dan diketepikan dalam susunan rasmi pentadbiran, dan hilang taraf kedudukan dan tempat dalam Undang Undang Tubuh Negeri Sembilan sekarang ini.
No comments:
Post a Comment