Banjaran Bukit Tujuh yang menjadi sempadan kepada Luak Ulu Muar dengan Luak Rembau. Ada jalan lalu lintas di tengah tengah Orang Minangkabau datang ke Seri Menanti.
Sejarah Awal Negeri Sembilan
Berdasarkan batu bersurat yang sampai sekarang masih ada di Sungai Udang Linggi Port Dickson, Negeri Sembilan dibuka pada awal kurun ke-14 oleh seorang yang bernama Syeikh Ahmad. Daripada batu nesan yang terdapat di makamnya, menunjukkan dia telah meninggal dunia pada 1467, iaitu ketika pemerintahan Sultan Mansor Syah di Melaka.
Walaupun ada pendapat mengatakan dia berasal dari Arab, Parsi atau India, tetapi batu bersurat yang didapati dari atas kuburnya ternyata sama bentuk, rupa dan tulisan dengan batu bersurat yang ditemui di daerah-daerah Minangkabau, maka tidak syak lagi, Syeikh Ahmad berasal dari Minangkabau.
Selepas tu, barulah orang Minangkabau datang beramai-ramai ke Negeri Sembilan. Ada yang naik dari Kuala Sungai Linggi, Melaka dan Kelang. Mereka yang naik dari Kuala Sungai Linggi mendiami daerah Rembau dan Sungai Ujong serta Seri Menanti, manakala yang naik melalui Melaka, tinggal di Naning, Johol dan sebahagian dalam daerah Kuala Pilah.
Kebanyakan orang Minangkabau yang mula-mula datang ke Tanah Melayu terutama Negeri Sembilan, kebanyakannya beasal dari daerah sekitar Pagar Ruyong, Tanah Datar dan Paya Kumbuh. Antara kampungnya, Sungai Tarap dan Semanik.
Perkataan 'Negeri' yang ada pada pangkal nama Negeri Sembilan itu adalah berasal daripada perkataan orang Minangkabau yang disebut menurut pelatnya 'Nagari' kerana Negeri Sembilan telah dibuka oleh orang-orang yang datang dari Minangkabau... kemudian selepas dari itu, 'Negeri' bermaksud pula gabungan 9 buah Mukim atau Luak. Asal penubuhan Negeri Sembilan adalah oleh Dato' Pepatih Nan Sebatang. Beliau juga merupakan pengasas bagi adat pepatih yang sangat dikenali umum.
Maksud Nagari dlm Minangkabau satu penempatan sblm menjadi Nagari mesti melalui satu proses Metamorsis .
Taratak mula dibuek
sudah taratak menjadi kampuang
sudah kampuang menjadi dusun
sudah dusun menjadi koto
sudah koto menjadi nagari.....
Bila orang Minangkabau yang lebih bertamadun datang meneroka,maka, dengan mudah diorang pengaruhi orang Asli itu. Kemudian berlaku proses perkahwinan antara orang Minangkabau dan Orang Asli melahirkan keturunan Biduanda yang kemudian menjadi golongan yang menentukan siapa raja. Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih. Dari suku Biduanda inilah asalnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil Penghulu dan kemudiannya Undang. Sebelum wujudnya Yang DiPertuan Besar, Negeri Sembilan adalah di bawah naungan kerajaan Melayu Johor. Orang-orang Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku kampung-kampung asal mereka di Minangkabau.
Apabila cerita mengenai Negeri Sembilan..... mesti ada kaitan ngan Rembau. Ini adalah kerana Rembau merupakan negeri yg pertama wujud di Negeri Sembilan sblm tempat lain. Tu pasal Rembau digelar Nagari Nan Tuo.
Semasa Kesultanan Melaka, penduduk Rembau merupakan Jakun dibawah pimpinan Batin Tok Pak Tinggam. Nama lama Rembau adalah Prabu. Abad ke 16 Rembau dibawah pimpinan Batin Sekudai (tiada kaitan ngan Bedahara Sekudai) . Masa ni masih jajahan Melaka dan Tun Jenal menjadi wakil Melaka ngan gelaran Tun Rembau duk kt Lubok Cina.
Nama asal Rembau bermula dpd sbtg pokok Merbau Tua yg bsr menaungi hampir 10 buah kg. Masa utk menebang pokok tsb mengambil masa hampir 1 bulan. Tapak pokok boleh dihidang hampir 12 dulang. Ini bukan dongeng kerana semasa penduduk kwsan tsb membajak msh terdpt btg pokok yg tdk hancur. Kapak yg digunakan utk menebang pokok msh ada dan saya pernah tgk . Masa inilah keluarga Jakun yg ingin membuka kg disuruh meniti spjg pokok tsb sampai diujung buatlah kg . Sampailah di Sg Ujung. tu psl Sg Ujung digelar Sg Ujung kerana berada dihujung sg.
Org Minangkabau yg pertama dtg ke Negeri Sembilan yakini Rembau adalah Datuk Leteh. Datuk Leteh dan org Minangkabau tlh hidup harmoni bersama org Jakun sehinggakan Batin Sekudai menyerahkan anaknya Datuk Bungkal sbg anak angkat Datuk Leteh.
Org Minangkabau yg kedua dtg ke Rembau adalah Datuk Lela Bangsa dr suku Batu Hampar menetap di Penajis. Beliau dikahwin ngan Datuk Bungkal dpt anak lelaki Seri Rama (Penghulu Rembau yg Pertama).
Kdtgan beliau diikuti olh Datuk Laut Dalam dr suku Paya Kumbuh menetap di Legung.
Dlm tahun 1540 Datuk Lela Balang dan Datuk Laut Dalam tlh pergi mengadap Sultan Alauddin Riayat Syah utk menyatakan hasrat org Minangkabau melantik penghulu. Permohonan ini tld di persetujui oleh Sultan dan Seri R ama tld menjadi Penghulu yg pertama ngan gelaran Dat uk Lela Maharaja. (Suku Biduanda Jakun). Olh sbb beliau msh kecil diwakilkan oleh Datuk Lela Balang dgn gelara n Datuk Gempa Maharaja. Apb Datuk Laut Dalam tak setuju beliau pun mengadap sultan dan meminta ktrnnya juga layak utk menjadi Penghulu ngan syarat kahwin Seri Rama ngan anak DatuK Laut Dalam dan anak lelaki yg pertama akan menjadi penghulu ngan gelaran Datuk Sedia Raja (Biduanda Jawa). Datuk Lauta Dalam telah digelar Datuk Merbangsa.
Jelebu berasal daripada nama seorang lelaki yang mati lemas dalam Sungai Teriang pada zaman Dato' Moyang Saleh, Undang Luak Jelebu yang menerima gelaran dari Sultan Johor pada 1757.
Dua pemerintah Jelebu sebelum Dato' Moyang Saleh adalah Dato' Gombak dan Dato' Mentunggang dengan memakai gelaran Penghulu. Bila Dato' Moyang Saleh ambilalih jawatan tersebut, jawatan penghulu digantinama sebagai Undang Jelebu.
1757, Moyang Saleh menghadap Sultan Johor kerana Sultan Johor dah bunuh anak Undang REmbau. Sebab Moyang Saleh berani dan tegas, dan Sultan Johor nak bodek dia, maka Moyang Saleh mendapat gelaran Dato' Manduleka Menteri Akhir Zaman Sultan Jelebu. Sejak tu, Jelebu tak lagi di bawah kekuasaan Johor. Jelebu berkuasa sendiri yang disebut 'Bergajah Tunggal'. Peristiwa inilah yang dikatakan 'memutus tali ke Johor'.
Sebelum ketibaan Raja Melewar Negeri Sembilan berada di bawah pemerintahan Sultan Johor, tetapi Luak-luak di Negeri Sembilan ada di bawah perintah Penghulu masing-masing dengan dibantu oleh Lembaga dan Buapak. Sistem pemerintahan negeri dapat dikatakan satu pemerintahan yang bercorak demokrasi yang berbentuk tier system. Dikatakan dalam sebuah ungkapan,
- suatu saat anak buah menjadikan Bapak
- suatu saat Bapak menjadikan Lembaga
- suatu saat Lembaga menjadikan Penghulu
- suatu saat Penghulu menjadi Raja'
membuktikan atas kebenaran ini. Sedangkan sistem pentadbiran pula turun dari atas yaitu Raja, Penghulu, Lembaga dan Buapak. Buapak yang memiliki anak buah menyampaikan segala perintah. Itulah yang disebutkan dalam perbilangan adatnya: 'Berjenjang naik, bertangga turun'.
Orang Negeri Sembilan menjemput Raja Melewar jadi raja diorang pada 1773 sebab Raja Pagar Ruyong itu adalah juga raja diorang. Malah dua orang raja Negeri Sembilan selepas Raja Melewar pun dijemput dari Tanah Pagar Ruyong iaitu Yamtuan Hitam dan Yamtuan Lenggang. Raja Melewar berasal dari Minangkabau diangkat pada tahun 1773 oleh Datuk-datuk Penghulu Luak (waktu itu belum bergelar Undang) di Kampung Penajis, Rembau.
Ketibaan Raja Melewar dari Pagar Ruyung, Minangkabau pada 1773, memulakan institusi beraja di Negeri Sembilan. Uniknya ialah raja di Negeri Sembilan adalah yang dijemput oleh pembesar-pembesar negeri (Penghulu) dari Pagar Ruyung dan dirajakan di Negeri Sembilan. Sebab itulah raja tidak digelar Sultan tetapi memakai gelaran Yang DiPertuan atau Yamtuan.
Sebelum pertengahan kedua abad ke 18, Negeri Sembilan sebagai satu identiti politik belum lagi ujud. Ia ujud hanya sesudah perlantikan Raja Melewar kira-kira pada tahun 1773 sebagai Yamtuan bagi negeri ini. Negeri-negeri yang mengujudkan Negeri Sembilan itu terdiri dari Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Naning, Segamat, Ulu Pahang, Jelai dan Kelang.
Nama Negeri Sembilan sekarang ini diambil dari nama 'Sembilan Negeri' yang diketuai oleh 'Sembilan Penghulu' yang menabalkan Raja Melewar. Perkataan 'Negeri' di pangkal huruf 'Sembilan' itu diambil dari istilah yang lazim dipakai di tanah leluhur Minangkabau yang membawa pengertian satu kawasan atau daerah yang kira-kira seluas luak (luhak) atau mukim atau kampung, orang-orang Minangkabau memanggil dengan nama 'negeri' (Bahasa Minangkabau: nagari).
Negeri Sembilan juga dibahagikan kepada 5 kawasan pentadbiran adat yang dikenali sebagai Luak. Masing-masing luak diketuai oleh seorang Datuk Undang yang bertaraf sebagai pemerintah bagi luaknya. Luak-luak tersebut ialah Sungai Ujong, Jelebu, Johol, Rembau, dan Tampin, sementara Tanah Mengandung Seri Menanti adalah di bawah kekuasan Paduka Seri Tuanku Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan. Berdasarkan namanya Negeri Sembilan kita melihat kelainan atau keunikannya yang tersendiri. Ianya berasal dari istilah Minangkabau "nagari" yang bermaksud penempatan yang mengandungi beberapa buah "koto" mungkin bererti "kampung". Istilah "nagari" itu mungkin diubahsuai penggunaannya oleh orang setempat apabila meneroka ke sini, agar sesuai dengan keadaan negeri-negeri Melayu lain, ataupun disalah terjemahkan oleh penjajah barat apabila mereka sampai ke sini sejak tahun 1511. Jadi, nama Negeri Sembilan itu bermaksud gabungan sembilan buah penempatan atau "nagari".
WARISAN TAKHTA DIRAJA NEGERI SEMBILAN
RAJA MELEWAR 1773-1795
YAM TUAN HITAM 1795-1808
YAM TUAN LENGGANG 1808-1824
RAJA RADIN 1824-1861
YANG DIPERTUAN IMAM 1861-1869
YAM TUAN ANTAH 1872-1888
TUANKU MUHAMMAD 1888-1933
TUANKU ABDUL RAHMAN 1933- 1 APRIL 1960
TUANKU MUNAWIR 1960- 14 APRIL 1967
TUANKU JAAFAR 1967 – 2009
No comments:
Post a Comment